BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 10 August 2009

i'm so twothousandandeight , you're so twothousandandlate .

is currently ; typing in between sneezes .


Pusat sumber sekolah aku telah terpilih untuk menyertai pertandingan pusat sumber tercantik dan oleh kerana pertandingan ini , aku serta rakan-rakan aku selaku pengawas pusat sumber telah dikerah untuk menghabiskan tenaga mencantik dan mengemas kini seluruh pusat sumber . Aku serta 5-6 orang rakan aku yang boleh dikategorikan sebagai pengawas pusat sumber yang berdedikasi telah melakukan segala arahan cikgu pusat sumber dengan penuh tak berapa nak ikhlas dan berdedikasi . Kami telah berkorban masa dan tenaga dengan datang tiap-tiap hari sabtu dan kadang-kadang hari ahad hanya untuk mengemas pusat sumber tersebut . Yang menjadi masalah di sini ialah kenapa tiap kali ada aktiviti mengemas ini hanya 5-6 orang yang hadir dan membuat kerja sedangkan pengawas pusat sumber sekolah ada 60++ orang ? gila keji diorang yang lain ni , semua kerja kitaorang yang 6 orang ni je yang buat . aku rasa pihak sekolah patut buat anugerah pengawas pusat sumber berdedikasi dan bagi kat kitaorang yang 6 orang ni . seriously pengawas pusat sumber yang lain hanya jadi pengawas pusat sumber untuk dapat markah koko saja . kerja satu benda pun tak buat . gila keji . aku ulangi , GILA KEJI .

Semalam , pegawai dari kementerian pendidikan datang untuk judge pusat sumber sekolah dan aku serta 5 orang lagi kawan aku [ mereka ini orang yang sama dengan yang selalu buat kerja kat pusat sumber ] telah ditugaskan menjadi pengiring mereka-mereka itu . kami terpaka ikut mereka berjalan mengelilingi satu sekolah untuk melihat semua jenis bilik yang ada di sekolah itu . pengawas pusat sumber yang lain ? mereka DUDUK dengan bahagia dalam pusat sumber yang berAIRCOND sementara kami berenam mengikut orang-orang itu BERJALAN mengelilingi satu sekolah yang PANAS serta dalam keadaan lapar sebab tak makan dari pagi . ye , kami tak makan dari pagi sebab kami ingatkan diaorang tegok pusat sumber sahaja jadi tidak akan mengambil masa yang lama . kawan-kawan sekelas aku kata aku mesti suka sebab tak payah masuk kelas dan belajar . pfft . aku lebih rela duduk dalam kelas . sekurang-kurangnya aku tak perlu kebuluran . dan tak perlu berkejar-kejar ke setiap bilik yang mereka hendak pergi dan bagitahu pada cikgu yang mereka akan datang sebentar lagi . kemudian berkejar-kejar semula ke bilik yang mereka sedang periksa untuk mengiringi mereka . apa yang kami dapat ? letih , penat , lapar [ pegawai tu tak lapar sebab diaorang sampai-sampai je cikgu hidangkan makanan dulu ] , pandangan jelek cikgu-cikgu serta mereka-mereka yang menyangkakan kami ponteng kelas . eh , keji betul . cuba kau duduk tempat aku . tak , maksud aku , BERKEJAR-KEJAR di tempat aku . cuba rasa , syok tak ? syok kan ? benci betul aku .

0 orang merengek bersame .: